Posts

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

SOSIOLOGI PENDIDIKAN Istilah sosiologi berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Sosiologi adalah satu cabang bidang sains kemasyarakatan. Manakala, sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Para ahli pendidikan dan ahli sosiologi telah berusaha untuk memberikan definisi sosiologi pendidikan namun definisi ini banyak tidak dipakai oleh orang lapangan disebabkan oleh, sukarnya membatasi bidang pengajaran di antara bidang pendidikan dan bidang sosiologi.Menurut Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan kajian sainstifik mengenai ma...